08 November 2009

shoppingholic

Saturday=pergi Mid,tujuan!
membeli RAM 2GB and shop barang bilik!
guess what??
im over spend,mama nak minta duit lagik??
ha3!!
semalam naik train sumpa barang bnyak,i have total six plastic bag size XL.
sumpa mcm aper lagik,dlm train semua orang usar,barang sumpa banyak.
tolong.
i out of money,nak pau parent mesti kene bising..
anyone.
tolong!

Pisau Cukur Sahaja


Semalam pergi la watch filem ni.
honestly i love this film.
Although it not really suitable for MAN.
yer la,dari muler samapi abis tergedik2.
but 4 me.
as a movie lover.
i would give 4.5/5 star kat movie nieh.
kenape??
inilah kenape.
1.dia punyer CGI,nice.agak tertipu ngan latar laut and cruise,tapi dwng just blakon behind the green skrin.
2.lakonan maya karin n fazura kene ngan filem ni,as what we all know,fazura pernah dapat gelaran PARIS HILTON malaysia,so it quit easy 4 her to make this movie look fun n cheeky.
3.credit to maya,walaupun watak ni antara watak 'kacang' dia selama dia involve dlm dunia perfileman,but she really make us think how 'bimbbo' she was.
4.supporting act yg sumpa A-list,Nas-t,Liyana Jasmay,Syarifah Sofea,Umie Aida,Khatijah Tan,Dato' Rahim Razali.
5.cameo2 yg gempak,Afdlin Shauki,Nabil,3-R babe(rafidah,tini,yuen),Henry x8tv quicky(sumpa gay giler),and other.
6.hero2 yg kacak(nak jugak)eizlan yusuf,aroon aziz,and new comer shahdrezza(walaupun acting dia agak stiff,but credit have to give kerana make all the girl in the cinema mengeluh kegedikan,u go man)
7.plot dia yg menarik,lawak yang bersahaja,and near with reality,dimana that fake life oleh orang kaya yg orang lain sanjung2,tapi inside full of scandalous and betrayed.
8.disini dimana Gold Digger punyer dignity di-naik taraf,tapi betul jugak segala yg berlaku mesti ada sebab dan akibatnyer kan??
9.dah x tau nak kater aper,korung cepat2 g cinema n watch di easy romantic comedy film and keep supporting our local talent.
psst=im shock there a lot chinesse n indian people watch this film,that what we call 1malaysia,n suker giler Fazura sebut OMG ngan branded2,contoh oh my GUCCI,oh my PRDA.sumpa lawak!

GMS in Berita Harian?

BANGI: Lebih 2,000 pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) mengadakan demonstrasi di pekarangan kolej itu semalam, bagi membantah kenaikan yuran pengajian yang dikenakan ke atas mereka.

Kumpulan pelajar terbabit berarak membawa poster, membantah tindakan Kuis menaikkan yurannya secara beperingkat bermula pada 2006 dan lebih 50 peratus pada 2007.


Pelajar terbabit turut menyerahkan memorandum kepada pengurusan Kuis menuntut supaya yuran mereka dikaji semula.

Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil, berkata selain memohon supaya yuran pengajian diturunkan, memorandum juga mengandungi cadangan supaya Kuis mewujudkan skim pinjaman dalaman.

Selain itu mereka turut meminta Kuis memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkatkan kadar pinjaman mereka. "

"Memorandum itu adalah bantahan pelajar yang tidak berpuas hati dengan yuran tinggi yang tidak setimpal dengan kemudahan ditawarkan kolej, selain membebankan pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin.

"Kami harap kolej mempertimbangkan menurunkan yuran bagi pengajian diploma sehingga 15 peratus manakala pengajian sarjana muda 10 peratus," katanya.

Ahmad Syafiq, berkata memorandum itu dibuat hasil kaji selidik perbandingan yuran antara institusi pengajian tinggi swasta dan maklum balas daripada pelajar Kuis.

Memorandum itu diserahkan Ahmad Syafiq kepada Pegawai Khas Rektor Kuis, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Ahmad Syafiq mendakwa bantahan diadakan selepas rundingan yang diadakan pengurusan kolej sejak 2006 menemui jalan buntu.

Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuis, Nasrul Izad Mohd Isa, menegaskan MPM tidak terbabit dengan tuntutan dan penyerahan memorandum itu.

Timbalan Rektor Korporat dan Antarabangsa Kuis, Mohd Shah Abdullah, berkata yuran pengajian ditentukan selepas merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Struktur yuran kolej juga mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), selaku pemilik kolej.

"Bagaimanapun, kolej bersedia mempertimbangkan memorandum itu walaupun kesal dan kecewa dengan cara GMS berkumpul dan berdemonstrasi," katanya.(Sumber- BeritaHarianOnline)