02 April 2010

Din Beramboi meninggal dunia

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

Dodol say=so sad,walaupun dodol bukan Fan beliau,and im not ERA.fm listener,tapi biler tengok telatah beliau dalam SPONTAN,make me torn apart.sedih sangat,he is a true talent,walaupun ada lawak dia yang kasar,IDK,i goin 2 miss his gags,AL FATIHAH.
*teringat pasal late yasmin ahmad,i miss her so much(btw takziah juga kepada my fellow facebook friend Khairul Anuar atas pemergiaan ayahnya haji shamsudin bin abdul mohid,katanya 17/4.genaplah setahun arwah telah meninggalkanya,alfatihah buat mereka)

~Moger roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan-golongan orang yang beriman.Amin

0 orang mengacau dodol: