29 October 2009

facebook victim


SEDGEFIELD, England - Seorang lelaki didakwa menculik dan membunuh seorang gadis, Ashleigh Hall selepas dia menggunakan laman jaringan sosial, Facebook untuk mengumpan mangsa keluar dengan menyamar sebagai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ashleigh, 17, hilang selepas dia keluar menemui suspek yang berusia 32 tahun itu pada Ahad lepas.

Mayat Ashleigh ditemui pada Isnin lalu di dalam sebuah parit dekat sini dalam keadaan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

"Ashleigh seorang yang penyayang, jujur dan mengambil berat. Dia disayangi oleh rakan-rakannya. Orang lain tidak dapat membayangkan betapa pilunya keluarga kami di atas pemergiannya," kata ibu mangsa, Andrea semalam.

Pada masa sama, dia menyeru para ibu bapa agar berwaspada dengan Internet dan jangan sesekali membenarkan anak-anak yang masih di bawah umur meletakkan gambar mereka dalam mana-mana laman jaringan sosial.

Polis secara tidak sengaja berjaya menyelesaikan kes pembunuhan itu apabila mereka menahan seorang lelaki kerana kesalahan lalu lintas pada Isnin lepas.

Mereka menyedari lelaki berkepala botak itu berada dalam senarai pesalah seks selepas membawanya ke sebuah balai polis di sini.

Lelaki itu kemudian mengaku menculik dan membunuh gadis tersebut kepada beberapa detektif polis.(ehsan Kosmo Online)

1jer dol nak kater,scary dowh,berjaga2 lah kiter x kire la layan twitter ker,ms ker,fb ker n lain2,BEWARE!!

0 orang mengacau dodol: